Bahaya Sky-Draw.
Senario #1
Di Melaka pada tahun 2017, dalam indoor game akibat Sky-Draw, arrow yang terlepas hampir-hampir mengenai Exhaust Fan yang tingginya 25 kaki.
Senario #2
Di MSN Keramat pernah terpaksa ditutup dari sebarang kejohanan memanah gara-gara atlit Sky-Draw di practise field dan arrow terlepas ke seberang jalan utama yang banyak kenderaan lalu lalang.
Senario #3
Tahun 2016 di Myanmar ada orang kampung yang berada lebih 300m dibelakang target cedera akibat terkena arrow yang terlepas akibat Sky-Draw.
Apakah Sky-Draw @ High-Draw ini?
Ia adalah jenyah yang sering dilakukan oleh pemanah senior mahupun pemanah baru di tournament terutamanya kategori Recurve dan Compound. Kedudukan High-Draw Recurve adalah Bow di angkat melebihi 30 darjah semasa Full-Draw. Manakala Compound pula melebihi 30 darjah di angkat sebaik sahaja String ditarik dan ada pergerakan pada Cam.
Bagi Pemanah yang melakukan High-Draw semasa pertandingan berlangsung jika tertangkap boleh diberikan amaran dan jika masih diulangi boleh dikeluarkan dari pertandingan.
Angle Draw itu dikira dari pemanah mengangkat Bow dan aiming lurus ke target. Jika dia angkat Bow lebih tinggi 30 darjah semasa Full Draw (untuk Recurve) itu dikira sebagai High-Draw. Sewaktu Pre-Draw pastikan kedua-dua belah tangan parallel atau selari untuk mengelakkan High-draw. Syarat berlaku High-Draw adalah bilamana Full Draw, tangan yang memegang Bow lebih tinggi daripada tangan yang menarik. Namun begitu, sewaktu Pre-Draw pun jika memegang Bow lebih tinggi daripada tangan yang menarik boleh dikira sebagai High-Draw. Peraturan High-Draw ini dibuat sebgai langkah keselamatan.
Kredit : Ustaz Sheikh HHAC.
No comments:
Post a Comment