Saturday, February 17, 2018

JENAYAH SKY-DRAW








Bahaya Sky-Draw.

Senario #1

Di Melaka pada tahun 2017, dalam indoor game akibat Sky-Draw, arrow yang terlepas hampir-hampir mengenai Exhaust Fan yang tingginya 25 kaki.

Senario #2


Di MSN Keramat pernah terpaksa ditutup dari sebarang kejohanan memanah gara-gara atlit Sky-Draw di practise field dan arrow terlepas ke seberang jalan utama yang banyak kenderaan lalu lalang.

Senario #3

Tahun 2016 di Myanmar ada orang kampung yang berada lebih 300m dibelakang target cedera akibat terkena arrow yang terlepas akibat Sky-Draw.






Apakah Sky-Draw @ High-Draw ini?


Ia adalah jenyah yang sering dilakukan oleh pemanah senior mahupun pemanah baru di tournament terutamanya kategori Recurve dan Compound. Kedudukan High-Draw Recurve adalah Bow di angkat melebihi 30 darjah semasa Full-Draw. Manakala Compound pula  melebihi 30 darjah di angkat sebaik sahaja String ditarik dan ada pergerakan pada Cam.



Bagi Pemanah yang melakukan High-Draw semasa pertandingan berlangsung jika tertangkap boleh diberikan amaran dan jika masih diulangi boleh dikeluarkan dari pertandingan.





Angle Draw itu dikira dari pemanah mengangkat Bow dan aiming lurus ke target. Jika dia angkat Bow lebih tinggi 30 darjah semasa Full Draw (untuk Recurve) itu dikira sebagai High-Draw. Sewaktu Pre-Draw pastikan kedua-dua belah tangan parallel atau selari untuk mengelakkan High-draw. Syarat berlaku High-Draw adalah bilamana Full Draw, tangan yang memegang Bow lebih tinggi daripada tangan yang menarik. Namun begitu, sewaktu Pre-Draw  pun jika memegang Bow lebih tinggi daripada tangan yang menarik boleh dikira sebagai High-Draw. Peraturan High-Draw ini dibuat sebgai langkah keselamatan.


Kredit : Ustaz Sheikh HHAC.

Friday, February 16, 2018

INDOOR ARCHERY

Salam sahabat peminat archery.

Kami di PAC menyediakan kemudahan Indoor Archery terutamanya pada kanak2 dan remaja yang berminat. (orang dewasa pun boleh)


Apakah kelebihan indoor archery ini.

#1 Anda berlatih dan belajar tanpa rasa malu. Takada audience yang nak nak' Boo' kamu melainkan ibubapa, guru yang memberikan sokongan.

#2 Tidak perlu risau cuaca hujan atau panas. Anda berlatih dalam suasana teduh terlindung dari cuaca buruk. Kalau panas kami akan On Aircond.

#3 Anda berlatih sambil dilatih memanah dengan betul. Kalau dah terer nanti bolehlah nak berlatih outdoor pula.

#4 Tiada risiko arrow tersasar. kalau main outdoor mungkin arrow tersasar, nahaslah kalau kena orang.

#5 Limited edition. Kami tak ambil ramai pada satu masa. Maksima 4 pelajar sahaja. So lebih fokus.

#6 Muslimat yang nak memanah tidak lagi segan kerana memanah dalam ruang tertutup.


Berapakah Harga Yuran yang dikenakan ?

Kami mengenakan Caj hanya RM35/Sejam/ Seorang sahaja. Ini meliputi :

#1 Unlimited Arrow. Arrow berkualiti jenis carbon bukan jenis fiber. "Berdesup" perginya.

#2 Safety Gear. Anda juga dibekalkan Quiver, Arm guard, Arrow rest guard, Finger guard.

#3 Personal Coaching. Anda akan dibimbing memanah dengan betul dan tidak dibiarkan terkial-kial.

#4 Sijil diberikan. Bolehlah tambah koleksi sijil adik2 nanti. Tak semua orang ada tau.

#5 Catatan score anda ditulis untuk mengetahui prestasi anda dari semasa ke semasa.


Bagaimana hendak menyertai latihan ini ?

Kami beropersi melalui temujanji sahaja. Tiada walk-in pendaftaran. Hubungi kami untuk tempah slot anda.

       013-927 7952 En. Mohd Nizam